fbpx

Terdapat banyak cara yang perlu diambil tahu oleh umat Islam untuk menjadi seorang Muslim yang bagus. Salah satu cara ini adalah belajar tajwid.

Ini adalah satu perkara yang dipandang remeh oleh ramai kerana kebanyakan orang tidak diberitahu tentang kepentingan tajwid dalam bacaan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang belajar tajwid dan mengapa ia adalah satu perkara yang penting.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Hukum Belajar Tajwid

hukum belajar tajwid

Sebelum kami menerangkan cara untuk belajar tajwid, mari kita lihat hukumnya.

Untuk pengetahuan anda, hukum belajar tajwid adalah fardhu kifayah atau kewajiban bersama bagi mukallaf. Ini kerana bacaan anda akan sempurna apabila anda mempunyai ilmu tajwid.

Ini boleh dilihat pada ayat surah Al-Baqarah 121 iaitu:

اَلَّذِيۡنَ اٰتَيۡنٰهُمُ الۡكِتٰبَ يَتۡلُوۡنَهٗ حَقَّ تِلَاوَتِهٖؕ اُولٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُوۡنَ بِهٖ‌ ؕ وَمَنۡ يَّكۡفُرۡ بِهٖ فَاُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الۡخٰسِرُوۡنَ

“Orang-orang yang telah Kami beri kitab, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Ini menjelaskan bahawa ilmu tajwid adalah satu perkara yang perlu dimiliki oleh semua umat Islam. Ini kerana ia akan membantu kita untuk membaca al-Quran dengan lebih baik.

Untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan bertaqwa, anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu tajwid.

Ini bertujuan supaya anda dapat mempelajari serta memahami maksud Kalamullah yang disampaikan kepada umat manusia sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Tips Belajar Tajwid Dengan Mudah

tips belajar tajwid

Di bahagian ini, kami akan memberitahu kepada anda beberapa tips yang anda boleh guna untuk belajar tajwid dengan lebih mudah.

1. Mencari Guru Private

Satu cara untuk belajar tajwid dengan senang dan juga cepat adalah dengan mencari guru private.

Terdapat banyak Ustaz atau Ustazah pada masa kini yang menawarkan sesi belajar secara sendirian iaitu hanya anda dengan mereka.

Melalui cara ini, anda dapat perhatian dan bimbingan yang khusus mengenai ilmu tajwid.

Anda tidak perlu malu untuk bertanyakan soalan yang berkaitan dengan tajwid. Ingat, malu bertanya sesat jalan.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa mempelajari tajwid bukan hanya “menghafal” huruf-huruf yang terlibat bagi hukum tajwid tersebut.

Ia juga melibatkan teknik sebutan atau makhraj yang tepat. Ini disebabkan setiap hukum tajwid mempunyai cara bacaan tersendiri bagi memelihara maksud sesuatu perkataan.

Walaupun mempelajari tajwid secara private dikenakan yuran pengajian, tetapi ia amat berbaloi dan tidak merugikan kerana wang tersebut dibelanjakan pada jalan mendekatkan diri dengan Allah.

2.   Menonton Video Mengajar Di YouTube

Jika anda mencari cara belajar tajwid yang lebih jimat dari segi kos, anda boleh buat demikian dengan menonton video-video yang mengajar tentang tajwid di YouTube.

Banyak orang pada masa kini memilih untuk menghasilkan video-video ilmu secara percuma untuk orang awam. Anda boleh mengambil peluang ini untuk menimba ilmu baru.

Selain dari YouTube, terdapat juga para ilmuwan dan agamawan yang muat naik video seperti ini di platform media sosial lain seperti TikTok dan Facebook.

Anda juga boleh share-share video tersebut ke golongan muda untuk menarik perhatian mereka mengenai kepentingan belajar tajwid.

3.   Membaca Buku Panduan

Selain daripada mempelajari secara digital, anda juga boleh membeli buku-buku panduan tentang cara untuk belajar tajwid di banyak kedai buku.

Ini merupakan satu perkara yang sangat berguna terutamanya mereka yang ingin belajar pada tahap kelajuan yang perlahan dan tenang.

Anda juga boleh menggunakan pen  highlight untuk conteng atas buku tersebut supaya anda dapat meletakkan tanda-tanda di muka-surat yang penting.

Dengan ini, anda akan lebih mudah untuk rujuk semula di topik dan bab-bab yang khusus.

Lihat juga

Kelas Mengaji Online Untuk Anak-anak Kecil

Kenapa Perlu Amalkan Tajwid?

amal ilmu tajwid

Berikut adalah beberapa kepentingan untuk anda belajar tajwid.

1.   Lebih Yakin Dengan Bacaan

Jika anda memiliki ilmu tajwid dan tahu cara untuk baca dengan lebih bagus, sudah pasti anda akan berasa lebih yakin apabila membaca al-Quran.

Dengan itu, anda boleh membaca kitab suci pada bila-bila masa kerana anda tidak perlu bimbingan orang lain.

Selain itu, apabila anda sudah mahir membaca al-Quran secara tertib dan bertajwid, anda boleh mengajar anak-anak secara personal di rumah.

2.   Lebih Minat Membaca al-Quran

Selain dari lebih yakin, mereka yang belajar tajwid juga akan lebih gemar dan minat untuk membaca al-Quran. Ini kerana bacaan mereka lebih tenang,fasih dan jelas.

Selain itu, mereka juga akan lebih minat untuk mempelajari tentang makna ayat-ayat dalam kitab suci ini.

3.   Mengelak Dari Bacaan Salah

Dengan adanya ilmu tajwid, anda juga akan melindungi diri daripada membaca ayat-ayat dengan salah. Ini kerana anda tahu cara sebut semua huruf dengan betul.

Kesimpulannya, belajar tajwid adalah perkara yang sangat penting untuk semua umat Islam.

Jika anda mencari pusat pengajian al-Quran untuk membantu anda atau anak untuk mempelajari ilmu tajwid, anda boleh lihat Nifa Quran!

nifa Quran care academy

Kami berkepakaran dalam mengajar Iqra bagi kanak-kanak sehingga mahir mengaji seawal usia 6 tahun.

Berikut adalah beberapa perkara yang akan dipelajari oleh anak anda:

  • Dapat aplikasi pengetahuan asas Hukum Tajwid seawal pembelajaran Kelas Mengaji Iqra.
  • Merangsang kecerdasan minda dengan pembelajaran Hukum Tajwid secara infografik berdasarkan silibus yang dicipta khusus mengikut tahap kemampuan anak-anak.
  • Mempunyai pengetahuan asas Hukum Tajwid menggunakan e-book Easy Tajwid NQC Academy dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami.
  • Membina keyakinan berkomunikasi anak-anak dalam kelas mengaji melalui komunikasi dua hala bersama tutor.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menyelesaikan Latihan Hukum Tajwid mingguan yang disediakan.

Jika anda berminat atau ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman web kami di sini.

Welcome