fbpx

Dengan adanya teknologi canggih dan Internet, anak anda kini boleh belajar dan menghadiri kelas mengaji online pada waktu terluang. 

Kaedah ini adalah inisiatif daripada ustaz/ustazah untuk mengajar lebih ramai lagi orang untuk belajar mengaji semasa wabak covid-19 melanda seluruh negara.  

Oleh itu, kami di Nifa Quran bertujuan untuk mengadakan kelas ini untuk membimbing Muslim, tanpa had umur, mengaji kitab suci ini. 

3 Kelebihan Kelas Mengaji Online 

  • Masa dan tempat yang lebih fleksibel

kelas mengaji fleksibel

Kelas mengaji online ini banyak faedahnya, antaranya ialah anda boleh belajar dengan selesa di rumah atau mana-mana sahaja tempat (yang dibolehkan) yang anda mahu. 

Selain itu, anda juga boleh menetapkan waktu yang sesuai dengan masa lapang anda kerana fleksibiliti masa yang diberikan oleh pihak kami, Nifa Quran. 

  • Kos yang lebih rendah

kelas mengaji kos rendah

Belajar mengaji secara online dapat menjimatkan lebih banyak kos kerana anda tidak perlu membelanjakan duit untuk minyak kereta. 

Hanya memerlukan internet dan laptop anda boleh belajar mengaji secara online dengan mudah. 

Pembelajaran secara bersemuka lebih banyak menggunakan wang. Kita juga tidak boleh fokus kerana kekacauan daripada ramai pihak.

Selain itu, kelas online ini tidak perlu print bahan bacaan malah boleh dapatkan bahan bacaan dalam bentuk e-book yang lebih mudah untuk dibawa kemana sahaja. 

  • Lebih selesa secara berseorangan (one to one)

Antara kebaikan lain menyertai kelas mengaji online adalah boleh mempercepatkan proses pembelajaran dan meningkat perhatian. 

Kita akan belajar secara direct dengan ustaz/ustazah dan lebih mudah memahami dengan lebih mendalam. 

Kita tidak perlu segan atau takut membuat kesalahan kerana di Nifa Quran, anda akan diajar secara one to one. 

Kesalahan dan pembetulan akan diketahui dan dibetulkan secepat mungkin. 

Secara tak langsung, perhatian juga akan diberikan sepenuhnya pada pelajar. 

Oleh sebab itu, proses mengaji secara online ini lebih mudah difahami. 

Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa juga turut digalakkan bagi memantapkan lagi proses bacaan al-Quran. 

Adab Menuntut Ilmu Kelas Mengaji Online

Kita haruslah sedar bahawa ilmu itu adalah daripada Allah. 

Sebab itu, ada adabnya jika belajar mengaji ini. Mari ketahui adab-adab menuntut ilmu:

  • Persedian awal sebelum kelas bermula

Pastikan makan terlebih dahulu sebelum kelas bermula supaya anak anda lebih fokus semasa sesi pembelajaran. 

Pastikan juga internet anda stabil dan bateri laptop atau telefon pintar anda mencukupi. 

Ini adalah sebagai persediaan awal supaya anak anda bersedia dan tiada masalah semasa kelas berlangsung.

  • Berwuduk terlebih dahulu

berwuduk sebelum kelas mengaji

Sebaiknya kita perlu mengingatkan anak-anak kecil perlu ambil wuduk terlebih dahulu supaya mudah untuk mendalami ilmu. 

Tambahan itu, kita juga perlu pastikan tempat pembelajaran anak-anak juga bersih barulah mereka berasa selesa dan lebih bersemangat untuk belajar mengaji. 

  • Jangan masuk lewat ke dalam kelas online.

Pastikan anak anda masuk awal ke dalam kelas sebelum pembelajaran bermula. 

Menepati masa adalah lebih baik kerana kita tidak tahu orang lain juga ada perkara lain yang perlu dilakukan. 

Ini adalah untuk memudahkan urusan orang lain juga.

  • Internet stabil

Mempunyai internet yang stabil adalah penting supaya tiada gangguan kelas berlangsung. 

  • Berpakaian sopan

berpakaian sopan

Dalam Islam, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak, amat digalakkan untuk berpakaian kemas sewaktu mengaji al Quran

Begitu juga jika belajar secara online hendaklah menutup aurat dengan sempurna. 

  • Hidupkan camera dan memberi respon pada ustaz/ustazah

Memang betul kita ada pilihan untuk on/off camera tapi sebaiknya adalah untuk menghormati pengajar adalah dengan membuka kamera. 

Tidaklah pengajar merasakan beliau cakap seorang diri, kan?

Memberi respon amat penting supaya ustaz/ustazah tahu kewujudan anda terutamanya jika kelas berkumpulan. 

Ini menunjukkan bahawa anak anda memang beri perhatian sepenuhnya pada sesi pembelajaran.

Yang paling penting sekali, didik anak anda untuk mengucapkan terima kasih kepada pengajar ketika kelas tamat. 

Baca Juga

Kelebihan Membaca Al-Quran Yang Anda Perlu Tahu

Cara Pupuk Minat Anak Anda Mengaji 

Di sini, kami akan sertai beberapa tips untuk melatih anak kecil supaya minat untuk mengaji: 

  • Latih anak anda setiap hari dengan membaca

latih anak mengaji

Anak kecil mempunyai memori yang kuat apabila mereka dengar sesuatu. 

Jadi, sebaiknya beri mereka dengar mengaji al-Quran di Youtube dan ajar anak anda dengan mengaji muqaddam terlebih dahulu. 

Jadikan rutin amalan selepas solat maghrib dengan membaca al-Quran bersama anak-anak. 

  • Ibu bapa harus membaca depan anak-anak

ibu bapa mengaji

Apabila ibu bapa tunjuk contoh yang baik pasti anak akan terikut juga. 

Jadi, sebaiknya duduk bersama anak dan mengaji bersama mereka supaya mereka berasa lebih seronok dan selesa. 

  • Ceritakan kisah dari surah yang dibaca

Anak-anak mesti teruja jika ibu bapanya membaca buku dari kisah-kisah nabi terdahulu sebelum tidur. 

Gunakan kisah-kisah yang menarik ini supaya dapat tarik minat mereka untuk mendalami ilmu al-Quran lagi. 

Ceritakan juga pada mereka kebaikan al-Quran jika dipelajari dan manfaat semasa di akhirat kelak. 

  • Kenalkan kepada lagu-lagu al-Quran

Dengarkan anak-anak anda dengan lagu-lagu nasyid dan islamik. 

Kanak-kanak lebih mudah ingat dan cepat hafal bila dengar lagu kerana pendengaran mereka lebih cepat tangkap dari kita yang dewasa ini. 

Sebagai contoh lagu doa makan, doa tidur, zikir harian dan bermacam lagi.

  • Berikan ganjaran pada anak

Jika anak anda dapat khatam al-Quran dan dapat habiskan belajar mengaji, berikan mereka ganjaran. 

Ini dapat memupuk minat mereka supaya mereka tahu setiap apa yang mereka lakukan ada ganjarannya. 

Selain ganjaran pahala, mereka juga berasa happy jika ibu bapa berikan ganjaran pada mereka contohnya belanja makan atau bawak anak berjalan jalan.

Kesimpulannya, semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami ilmu agama. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dalam memberikan manfaat kepada anda semua. 

Anda mahu belajar mengaji al-Quran dan belajar hukum tajwid secara personal atau berkumpulan? Boleh hubungi Nifa Quran. 

Ingin tingkatkan kualiti belajar al-Quran anda dan anak anda? Jom sertai kelas mengaji online bersama Nifa Quran. 

Di Nifa Quran, anak-anak kecil dapat mempelajari serta mendalami ilmu tajwid al-Quran berdasarkan infografik yang disediakan. 

Ini bertujuan agar mereka dapat mempraktikkan teknik bacaan yang betul di samping menjaga maksud kitab suci tersebut. 

Berikut merupakan sebab-sebab lain anda perlu segera mendaftarkan anak kecil di pusat institusi kami: 

  1. Mempunyai sukat pembelajaran berdasarkan daripada Iqra’ 1 sehingga Iqra’ 6. 
  2. Mempunyai kelas mengaji personal mengikut kesesuaian tahap anak anda. 
  3. Mempunyai pembelajaran one-to-one bersama tutor. 
  4. Menyediakan aplikasi Games & Exercise bagi merangsang pemikiran anak-anak untuk mendalami hukum tajwid.
  5. Anda sebagai ibu-bapa, akan menerima laporan bulanan sebagai bukti prestasi pembelajaran anak anda. 

Sebagai ibu-bapa, anda perlu mendaftar anak kecil ke institusi pembelajaran al-Quran di Nifa Quran agar bacaan mereka menjadi lancar pada kemudian hari. 

Jangan lengahkan lagi masa untuk mendalami ilmu akhirat ini. Klik pautan di bawah sekarang! 

Welcome