fbpx

Terdapat banyak kelebihan dan rahsia di sebalik ayat-ayat dalam al-Quran. Salah satunya dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar.

Ini merupakan satu perkara yang sangat menarik dan perlu diketahui oleh semua umat Islam kerana ayat ini mempunyai latar belakang yang sangat menarik.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut kepada anda maksud dan kelebihan yang dibawa oleh Ayat Seribu Dinar.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Lafaz dan Maksud Ayat Seribu Dinar

lafaz ayat seribu dinar

Bagi mereka yang kurang kenal dengan Ayat Seribu Dinar, mari kita belajar tentang lafaz dan maksudnya.

Sebelum itu, ingin diingatkan bahawa membaca ayat ini semata-mata tidak akan memberi anda ganjaran pahala seribu dinar.

Ayat Seribu Dinar memberi maksud dan ada ganjaran akan diberikan apabila amalan tersebut diamalkan dengan taqwa dan tawakal.

Ini boleh dilihat dalam al-Quran iaitu ayat:

واللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah:261)

Kembali ke lafaz dan maksud ayat ini, menurut beberapa pandangan ulama tafsir, Ayat Seribu Dinar adalah 2-3 dalam surah Al-Talaq.

Berikut adalah ayat tersebut:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Talaq : 2-3)

Surah ini merupakan ayat Madaniah dan 61 huruf, 247 kalimah dan 12 ayat.

Apabila kita sudah memahami tafsir daripada ayat  ini, kita akan lebih menghayati dan seronok untuk amalkan perbuatan itu.

Artikel berkaitan

Kelebihan Membaca al-Quran Yang Anda Perlu Tahu

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

kelebihan ayat seribu dinar

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kelebihan Ayat Seribu Dinar ini. Berikut adalah beberapa kelebihan yang dikatakan ada pada ayat tersebut.

  • Mendapat jalan keluar dari masalah dan kesulitan.‎
  • Dilindungi dari musibah dan bala bencana seperti peperangan dan bencana alam.‎
  • Allah akan menunaikan hajat dan memberi kemudahan dalam urusan.
  • Menghilangkan keresahan apabila dibaca pada waktu susah.
  • Dimurahkan banyak rezeki.

Ulama Imam Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim As-Tha’labi Rahimahullahu Taala juga menyebut kelebihannya di dalam kitabnya di mana  Rasulullah SAW bersabda:

من قرأ سورة يا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذا طَلَّقْتُمُ النِّساءَ مات على سنّة رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah يا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذا طَلَّقْتُمُ النِّساء maka seseorang itu akan meninggal dunia di atas Sunnah Nabi .

(Lihat Majma’ Al-Bayan, 10/36)

Elakkan Tangkal Yang Mengandungi Ayat Seribu Dinar

elak tangkal ayat seribu dinar

Satu perkara yang perlu diketahui oleh semua umat Islam adalah dilarang untuk menggunakan sebarang tangkal yang mengandungi ayat seribu dinar sebagai pelaris, terutamanya apabila berniaga.

Ini kerana ia boleh menyebabkan seorang itu melakukan amalan khurafat yang merupakan satu perkara yang haram di sisi agama Islam.

Namun begitu, masih ada umat Islam di Malaysia yang mengamalkan perkara ini. Mereka sanggup mencari cara lain untuk berjaya dalam perniagaan.

Adalah lebih baik untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk membantu anda menjadi seorang Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, Ayat Seribu Dinar merupakan satu perkara yang sangat menarik untuk diketahui oleh umat Islam.

Jika anda mencari syarikat untuk membantu anda atau anak untuk mempelajari ilmu tajwid, anda boleh hubungi kami di Nifa Quran!

Kami berkepakaran dalam mengajar Iqra bagi kanak-kanak sehingga mahir mengaji seawal usia 6 tahun.

Berikut adalah beberapa perkara yang akan dipelajari oleh anak anda:

  • Dapat aplikasi pengetahuan asas Hukum Tajwid seawal pembelajaran Kelas Mengaji Iqra.
  • Merangsang kecerdasan minda dengan belajar Tajwid secara infografik berdasarkan silibus yang dicipta khusus mengikut tahap kemampuan anak-anak.
  • Mempunyai pengetahuan asas Hukum Tajwid menggunakan e-book Easy Tajwid NQC Academy dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami.
  • Membina keyakinan berkomunikasi anak-anak dalam kelas mengaji melalui komunikasi dua hala bersama tutor.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menyelesaikan Latihan Hukum Tajwid mingguan yang disediakan.

Jika anda berminat atau ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman web kami.

Welcome