fbpx

Salah satu perkara yang sering diabaikan oleh golongan Muslim pada masa kini adalah mengamalkan adab membaca Al-Quran.

Hal ini kerana terdapat segelintir antara kita yang beranggapan pembacaan kitab suci itu boleh dilakukan dengan sambalewa.

Buat pengetahuan anda, membaca kitab suci Al-Quran adalah tidak sama dengan bahan bacaan yang lain.

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W melalui Malaikat Jibril A.S.

Selain itu, Al-Quran juga merupakan salah satu sumber utama dan bimbingan kepada golongan Muslim.

Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita perlu cakna dan menitikberatkan mengenai adab membaca Al-Quran.

Maksud adab di sini bukan semata-mata menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Ia juga meliputi usaha untuk memahami maksud di sebalik istilah Bahasa Arab tersebut.

Untuk mengetahui adab membaca Al-Quran dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga tamat.

5 Adab Membaca Al-Quran

Berikut adalah antara adab-adab membaca Al-Quran yang setiap Muslim perlu tahu dan amalkan dalam kehidupan:

1.  Pemilihan tempat dan posisi yang sesuai

Sebelum kita ingin memulakan bacaan kitab suci Allah, kita perlu memilih tempat yang sesuai.

Tempat tersebut perlulah jauh daripada gangguan persekitaran seperti suara bising (jeritan orang), individu yang berbual kosong dan bergurau senda.

Hal ini kerana tempat-tempat yang disenaraikan ini boleh mengganggu tumpuan dan menyukarkan kita untuk meneruskan bacaan Al-Quran.

Oleh itu, pemilihan tempat yang tenang membantu kita untuk membaca Al-Quran dengan tertib dan betul.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk membaca Al-Quran dalam kedudukan tashahhud ( تَشَهُّد). Tashahhud ini merujuk kepada posisi duduk yang menghadap ke arah kiblat.

Dengan berbuat demikian ini, ia akan melahirkan rasa ‘ubudiyyah (rasa rendah diri terhadap Allah) dalam diri seseorang individu ketika melakukan ibadah.

2. Memakai pakaian yang menutup aurat

adab membaca al-Quran

Memakai pakaian yang menutup aurat ketika membaca Al-Quran adalah diharuskan. Perkara ini tidak dinyatakan dalam mana-mana ayat Al-Quran mahupun hadis.

Namun begitu, perkara yang harus bukanlah “tiket” untuk kita memandang ringan.

Kita perlu memakai pakai yang sopan dan menutup aurat untuk membuktikan sifat ketakwaan terhadap Allah.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat 32 iaitu:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَـٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

Maksud:

“Barangsiapa yang mengagungkan syiar Allah, maka itu termasuk (bukti) ketakwaan dalam hatinya”.

3. Niat membaca Al-Quran kerana Allah

Sebelum memulakan bacaan Al-Quran, pastikan kita sudah berniat untuk melakukan amalan tersebut kerana Allah.

Dengan berbuat demikian, setiap kali kita membaca Al-Quran adalah kerana keikhlasan diri tanpa perlu dipaksa atau menunjuk di hadapan orang ramai.

4. Membaca Al-Isti’azah dan basmalah

Membaca Al-Isti’azah sebelum memulakan bacaan Al-Quran adalah amat digalakkan.

Hal ini kerana kita perlu melindungi diri daripada hasutan syaitan ketika membaca Al-Quran. 

Pembacaan lafaz Al-Isti’azah adalah bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Nahl pada ayat 98:

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْءَانَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ

Maksud:

“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam”.

5. Memahami maksud Al-Quran

adab membaca al-Quran

Amalan membaca Al-Quran tidak terletak pada maksud dasarnya.

Dengan hanya melakukan pembacaan, ia tidak mencukupi untuk kita memahami inti pati Al-Quran.

Setiap surah mempunyai iktibar tersendiri. Ada surah yang membicarakan mengenai azab, hukuman, sirah nabi-nabi terdahulu, ilmu sains, dan sebagainya.

Jadi, terdapat beberapa cara  untuk kita memahami maksud Al-Quran, antaranya adalah:

  • Membaca tafsir Al-Quran dan berguru dengan ustaz/ ustazah. Dengan berbuat demikian, ia dapat mengelakkan tercetusnya salah faham terhadap maksud tafsiran tersebut.
  • Membaca Al-Quran dengan tertib.

Elakkan membaca Al-Quran dalam keadaan terburu-buru. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan makhraj dan tajwid.

  • Berikan penekanan pada ayat-ayat Al-Quran. Jika diperhatikan dengan teliti, setiap ayat Al-Quran mempunyai tujuan tersendiri.

Ada yang berbentuk penegasan, larangan, perintah dan juga nasihat.

Sebagai contoh, Allah memerintahkan umat Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.”

Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita perlu mengamalkan adab membaca Al-Quran supaya lebih fokus dan memahami maksudnya yang betul.

Untuk itu, masyarakat terutamanya yang sudah dewasa seperti ibu-bapa dan penjaga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak kecil.

Mereka lebih cenderung untuk mengikut perlakuan yang ditunjukkan oleh orang-orang terdekat.

Jadi, jika anda tunjukkan contoh yang baik seperti mengamalkan adab membaca Al-Quran, anak-anak juga akan mengikuti langkah anda.

Di samping itu, anda juga boleh mendaftarkan anak-anak untuk menghadiri kelas mengaji online di Nifa Quran.

nifa Quran

Di Nifa Quran, anak-anak anda berpeluang untuk mempelajari pengetahuan asas bagi hukum tajwid melalui infografik.

Menariknya, setiap silibus yang diajar akan dikendalikan mengikut tahap kemampuan anak-anak.

Dengan ini, anak-anak tidak akan rasa tertekan untuk mempelajari ilmu tajwid pada usia muda.

Tambahan pula, kelas tersebut akan dibuat secara one-to-one di mana anak-anak boleh berikan perhatian dan bertanya soalan kepada pengajar Nifa Quran.

Jadi, mari daftarkan anak-anak anda untuk membaca Al-Quran dengan tertib dan beradab di Nifa Quran sekarang!

Welcome