fbpx

Terdapat satu surah yang disaran untuk menghafal dan membacanya selalu iaitu surah al-Mulk.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini dan menyebabkan mereka tidak mengamalkan bacaan surah ini dalam rutin seharian hidup. 

Artikel ini akan menceritakan lebih lanjut kepada anda tentang surah al-Mulk dan fadhilat jika selalu mengamalkannya.

Teruskan membaca artikel ini untuk memperoleh ilmu bersama-sama.

Info Penting Surah Al-Mulk

surah al-Mulk

Surah al-Mulk mempunyai 30 puluh ayat dan diturunkan di Mekkah kepada Rasulullah SAW pada sekitar tahun ke-3

atau 4 kenabian.

Surah yang menggambarkan sifat Makkiyah iaitu seruan kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Ia dinamakan “al-Mulk” dan diambil dari ayat surah al-Mulk yang bermaksud kerajaan atau kekuasaan.

Surah ini adalah surah ke 67 dalam al-Quran, dan terdiri daripada 30 ayat dari Makkiyah. Nama lain bagi al-Mulk adalah Tabaraka

yang bermaksud Maha Suci.

Terdapat banyak hikmah dan fadhilat yang anda boleh menikmati jika selalu mengamalkan surah al-Mulk di dalam kehidupan anda.

Kelebihan Surah al-Mulk

kelebihan surah al-Mulk

      1.   Mudah Masuk Syurga

Fadhilat pertama yang dinikmati oleh mereka yang mengamalkan surah al-Mulk adalah mereka mudah masuk syurga. Ini boleh dilihat di sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

(HR At-Tabrani)

      2.   Dilindungi Dari Azab Kubur

Bagi mereka yang membaca surah al-Mulk sebelum tidur, mereka akan terhindar dari azab kubur.

Ini diceritakan di dalam sebuah hadis di mana An-Nasaie meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

      3.   Dilindungi Malaikat Waktu Tidur

Kelebihan seterusnya bagi mereka yang mengamalkan surah al-Mulk pada waktu malam adalah mereka akan dilindungi oleh satu malaikat ketika tidur.

Ini boleh dimana Abdullah Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Aku telah menemukan di dalam Al-Quran sebuah surah tiga puluh ayat, barangsiapa membacanya sebelum tidur; tiga puluh perbuatan baik ditulis untuknya, tiga puluh kesalahan dihilangkan sehingga tiga puluh darjah. Allah S.W.T. menghantar malaikat untuk melebarkan sayapnya ke atasnya dan melindungi dia dari segala-galanya sehingga dia bangun.“

      4.   Pembaca Dikeluarkan Neraka

Fadhilat seterusnya adalah mereka yang mengamalkan surah al-Mulk dalam rutin harian adalah mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ada surah di dalam kitab Allah itu hanya tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seseorang pada hari Pengadilan sehingga dia dikeluarkan dari api dan masuk ke dalam syurga; itu adalah rahmat dari sebuah surah.”

(HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

      5.   Diampunkan Dosa

Mereka yang selalu membaca al-Mulk, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa mereka.

Ini boleh dilihat di sebuah di hadis iaitu:

Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

      6.   Keimanan dan Ketakwaan Meningkat

Anda juga disarankan untuk selalu membaca surah al-Mulk dalam kehidupan anda kerana mengingatkan kita tentang azab jika  melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Jika kita selalu membaca dan mendengar surah ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Kepentingan untuk mengamalkan surah ini juga boleh dilihat melalui:

“Aku berharap agar surah ini (Al-Mulk) berada di hati setiap orang yang beriman.“

(Abdullah Ibnu Abbas)

Baca Juga; Rahsia di Sebalik Ayat Seribu Dinar

Jaga Adab Ketika Membaca Surah al-Mulk

adab membaca surah al-Mulk

1. Bersuci

bersuci

Bersuci memberi makna bebas dari hadas besar dan hadas kecil. Setiap Muslim wajib dalam keadaan suci sebelum membaca Al-Quran.

Sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram bagi sesiapa yang berhadas kecil atau besar.

2. Tempat Yang Bersih

Pastikan sekeliling tempat pembacaan dalam keadaan bersih dan bebas dari najis. Elakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran ditempat seperti tandas, dan tempat buang sampah.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.

3. Duduk Menghadap Kiblat Dan Menutup Aurat

Disunatkan bagi individu duduk membaca menghadap kiblat kerana ia semulia-mulia arah.

Tidak lupa juga, aurat wajib dijaga dan ditutup. Pastikan pakaian menepati syariat sama ada lelaki mahupun wanita.

4. Memulakan dengan Istiazah dan Basmalah

Ulama’ bersepakat bahawa Istiazah dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan surah di dalam Al-Quran.

Allah S.W.T berfirman “Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk” (Al-Nahl:98).

5. Membacanya Dengan Khusyuk

mengaji al-Quran

Sebaik-baiknya kita menghayati & memahami ayat-ayat Al-Quran. Elakkan membuat perkara lain yang menggugat konstrasi seperti berada dalam suasana yang bising.

Tidak lupa juga dapat memahami ayat- ayat Al-Quran, dan iktibar daripadanya dapat dipelajari dan dijadikan tauladan.

Kesimpulannya, mari amalkan membaca surah al-Mulk dalam kehidupan seharian kerana begitu banyak fadhilatnya.

Jika anda ingin mempelajari Al-Quran, anda boleh hubungi Nifa Quran Care Academy untuk membantu anda dalam membaca Al-Quran dengan lebih lancar.

Pengajian Al-Quran ini akan dijalankan secara atas talian (online) sahaja. Jadi, jangan tunggu lama!

Mari kenali surah-surah lain yang ada dalam Al-Quran agar kita dapat mendapatkan diri kepada Allah dan lahirkan rasa takwa dalam diri ini.

Klik pada pautan link di bawah ini untuk menghadiri kelas mengaji online di Nifa Quran Care Academy sekarang!

Welcome