Setiap amalan baik pasti akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, walaupun baru sekadar berniat untuk berbuat baik telah dicatat ganjaran pahala.
Ganjaran membaca al-Quran tak terhitung banyaknya jika diamalkan.
Setiap surah dalam al-Quran menceritakan pelbagai kisah yang harus dijadikan panduan bagi umat Islam. Namun, antara surah yang sering diberi penekanan adalah surah al-Kahfi.
Walaupun diberi penekanan, bukan bermakna surah–surah lain tidak harus ditekankan. Setiap surah membawa makna dan fadhilat yang tersendiri.
Setiap keluarga boleh menjadikan rutin bagi membaca surah – surah dalam al-Quran untuk memupuk minat mengaji dalam diri dan juga boleh menjadi contoh yang baik untuk anak anak.
Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang sentiasa dekat dengan al-Quran, tidak kurang juga bagi mereka yang cuba untuk mempelajarinya.
Tiada had umur untuk mula belajar mendekatkan diri dengan al-Quran.
Ibu bapa boleh menjadikan rutin membaca surah al- Kahfi di rumah dengan anak – anak.
Perkara yang dijadikan rutin boleh menjadikan anak – anak lebih terbiasa dan mudah untuk diingat.
Kisah di Surah al-Kahfi
Terdapat 4 kisah yang disebut dalam Surah al-Kahfi yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan panduan.
Ini kerana dalam surah ini, bukan sahaja menceritakan fitnah – fitnah yang dibawa ketika akhir zaman, ia turut memberikan jawapan yang merupakan jalan keluar dari fitnah yang akan diterangkan nanti.
Kisah Pertama
Dalam kisah ini merupakan kisah pemuda kahfi yang disebut di dalam ayat 9 hingga ayat yang ke 26.
Kisah ini menekankan ujian yang dihadapi berkaitan dengan aqidah dan iman seseorang.
Kisah Kedua
Bagi kisah kedua ini pula mengisahkan tentang pemilik dua kebun yang diuji dengan harta kekayaan. Ia diceritakan di dalam ayat 32 hingga ayat 44.
Kisah Ketiga
Pada ayat 60 hingga ayat yang ke-82 pula menceritakan tentang Nabi Musa A.S. dan Nabi Khidir A.S.. Perihal kisah mereka diuji dengan ilmu telah diceritakan pada ayat ini.
Kisah Keempat
Keempat, kisah yang turut diceritakan dalam surah ini adalah mengenai Zulqarnain yang diuji dengan kekuasaan. Hal tersebut ada disebut dalam ayat 83 hingga ayat yang ke 101.
Setiap satu kisah yang diceritakan merupakan setiap fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Oleh sebab dalam surah ini juga ada disebut bagaimana umat islam boleh menghindarkan diri dari fitnah tersebut.
Kelebihan al-Kahfi yang Wajib Anda Tahu
1. Ketenangan kepada Pembacanya
Dengan membaca surah al-Kahfi dapat memberikan ketenangan dalam diri si pembaca.
Hal ini dirujuk daripada Hadith Riwayat al-Bukhari:
“Seorang lelaki sedang membaca surah al-Kahfi, disisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awan pun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut manakala di pagi hari beliau didatangi Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut, maka Nabi SAW bersabda: “Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran itu.”
2. Diterangi Cahaya Antara Dua Jumaat
Kelebihan ini diambil dari sabda Rasulullah SAW di mana “Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diterangi kepadanya cahaya antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Hakim)
3. Menghafal 10 Ayat Awal dan Akhir Dilindungi dari Fitnah Dajjal
Antara kelebihan surah al-Kahfi yang paling diketahui ramai adalah terlindung dari fitnah Dajjal.
Menurut Hadith Riwayat Muslim, dalam sabda Rasullullah SAW yang bermaksud sesiapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi akan dilindungi dari fitnah Dajjal.
4. Iktibar untuk menghadapi Ujian & Fitnah Akhir Zaman
Surah al-Kahfi memberi panduan dengan mengetengahkan 4 aspek yang penting bagi menghadapi ujian dan fitnah akhir zaman.
Antara aspek tersebut adalah ujian akidah, harta, ilmu dan kuasa.
Pengajaran dari Surah al-Kahfi
Banyak yang boleh diambil iktibar dan pengajaran serta boleh menjadi panduan dari kisah yang disebut didalam surah al-Kahfi.
Antara pengertiannya adalah:
1. Sentiasa berdamping dengan orang soleh
Kisah pertama yang disebut di atas tadi, merupakan kisah 7 orang pemuda Ashabul Kahfi yang ditidurkan oleh Allah selama beratus tahun ketika mereka lari menyelamatkan diri dari pemerintahan raja yang zalim.
Dari kisah ini dapat kita boleh jadikan panduan untuk mengasingkan diri atau tidak terjebak dengan fitnah-fitnah yang boleh memudaratkan diri, lebih lebih lagi berkaitan dengan agama.
Dengan bersahabat dengan orang soleh dapatlah kita belajar mengenai ilmu agama dan memperingati akhirat.
2. Kehidupan dunia tidak kekal
Pengajaran yang kedua ini diambil dari kisah yang kedua mengenai kisah pemilik yang mempunyai dua kebun buah.
Sekaya mana pun manusia di dunia, tetaplah akan ditinggalkan segalanya di sini.
Segala kekayaan, pangkat, harta yang ada di kehidupan sekarang bukanlah bersifat abadi.
Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Di akhirat lah destinasi terakhir kita nanti.
3. Tanamkan sifat rendah diri dan sabar menuntut ilmu
Dalam kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS, kitab boleh mengambil pengajaran mengenai perjalanan menuntut ilmu haruslah bersabar dan rendah diri.
Semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin rendah diri dan tawaduk’ harus ada dalam jiwa. Ini kerana untuk mengelakkan rasa riak dengan ilmu yang dipelajarinya.
4. Meletakkan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT
Melalui kisah pemerintah yang bernama Zulqarnain yang mengamalkan cara pemerintahan yang adil, dapat memberi peringatan yang penting.
Dalam hal yang berkaitan jawatan dan kuasa, perlulah sentiasa tidak lupa untuk tawakal kepada Allah SWT dan tahu batas – batas dan daya sebagai seorang manusia.
Pegangan sebagai seorang pemimpin yang adil, Zulqarnain tetap percaya dengan bantuan dan rahmat Allah dalam setiap perkara yang diusahakannya.
Kesimpulan
Terdapat banyak kelebihan mengamalkan Surah al-Kahfi dalam kehidupan harian kita.
Banyak yang boleh kita terapkan dalam diri kita yang boleh diguna pakai bukan sahaja untuk bekalan kita di akhirat, kelebihannya juga boleh dirasai ketika hidup di dunia.
Tidak kira muda atau tua, anda boleh mula mengamalkan pembacaan al-Quran.
Di Nifa Quran, anak-anak boleh belajar mengaji dengan seronok dan berkesan kerana mempunyai sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Seiring dengan kemajuan teknologi, anak anak tidak mudah bosan untuk belajar mengaji kerana terdapat games dan exercise yang dibekalkan oleh pihak Nifa Quran.
Mengikut tahap kesesuaian anak anak, kelas mengaji personal dan one-to-one juga turut dilakukan bagi memastikan anak anak tidak ketinggalan dan sentiasa ada ‘progress’ dalam pembelajaran mengaji iqra’.
Ibu bapa boleh memantau laporan pencapaian bulanan anak untuk tahu progress mereka.
Boleh hubungi atau Whatsapp kami di 011-18852576 untuk mengetahui lebih lanjut atau layari website Nifa Quran.