fbpx

Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan kelebihan, petunjuk, dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan dengan membaca kitab suci ini.

Ia telah digunakan sejak berzaman lamanya dan masih suci terpelihara sehingga ke hari ini. Isi kandungan di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.

Sebaik-baik buku itu adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan moral, tingkah laku yang baik, kebaikan, kejadian alam dan lain-lain.

Dengan mengaji Al-Quran, inshaAllah akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.

Definisi Al-Quran

kelebihan membaca al-Quran

Al-Quran adalah satu mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat islam di muka bumi ini.  Secara bahasa pengertian Al-Quran adalah bacaan.

Secara istilah Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril A.S pada bulan Ramadhan.

Keistimewaan Al-Quran

keistimewaan al-Quran

Al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Setiap ayat dalam kitab ini sangat unik sehingga tidak dapat diubah walaupun oleh pakar bahasa.

Memetik dari kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan manusia sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak.

Dan, Al-Quran adalah kitab yang sesuai pada setiap zaman mahupun generasi. Ia bermaksud kitab yang kekal serta sesuai sepanjang zaman dan semua tempat.

Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat Al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalamNya untuk kepentingan alam sejagat.

Benarlah firman Allah S.W.T:

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”. (Surah At-Takwir : 27)

Matlamat Al-Quran

Secara umumnya Al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

  1. Membetulkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
  2. Mengagungkan kemuliaan insan, hak-hak manusia terutama dalam kalangan yang lemah dan tertindas.
  3. Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
  4. Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
  5. Membina ummah yang menjadi saksi kepada ketamadunan. Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan bekerjasama.

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran

kelebihan membaca al-Quran

Berikut merupakan doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran yang boleh kita amalkan.

Doa sebelum membaca Al-Quran

doa sebelum membaca Al-Quran

Maksudnya:

Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.

Doa selepas membaca Al-Quran

doa selepas membaca Al-Quran

Maksudnya:

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai Tuhan seluruh alam.

Kelebihan Membaca Al-Quran

Kemukjizatan Al-Quran terletak pada janji Allah SWT yang akan menjamin dengan dirinya sendiri memelihara dan menjaga-Nya.

Sebagaimana firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami pula yang memeliharanya.” (QS. Al-Hijr [15]:9).

Berikut adalah kelebihan membaca Al-Quran. Antaranya:-

1. Mukjizat Yang Paling Agung

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan bagi menyelesaikan segala permasalahan kehidupan.

Di dalamnya penuh dengan cahaya, hidayah dan zikir-zikir serta panduan.

Wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk menjaga serta memeliharanya supaya Al-Quran sentiasa kekal terpelihara kemuliaannya.

Bahkan ianya juga perlu dibaca dan difahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9:

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ

      Maksudnya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.”

2. Al-Quran Sebagai Syafaat Di Akhirat Kelak

Mengaji Al-Quran juga akan mendatangkan kebaikan, kemuliaan dan syafaat yang pasti tidak pernah dibayangkan oleh manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

3. Membaca Al-Quran Mendapat Ketenangan

Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan:

“Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)

4. Mendapat Pahala

Kelebihan membaca Al-Quran adalah ia dapat menjadikan suasana dan keadaan di sekitar kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan penuh dengan keberkatan.

Oleh itu, sesiapa yang mengaji akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan akan diberi kebaikan oleh Allah SWT sebagai seorang yang soleh.

Ini terbukti dalam firman Allah SWT yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).”

(Surah Al-Fathir : 29-30)

Berdasarkan surah-surah dan hadis-hadis di atas memerintahkan kepada kita supaya sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama harian kita.

Ini kerana, sekiranya kita membaca, beramal dan berpegang teguh selalu dengannya di dunia, maka nescaya kelak ia akan menjadi sebagai sahabat dan syafaat kita di akhirat. 

Artikel berkaitan Kelas Mengaji Online Untuk Anak-anak Kecil

Untuk mendapatkan syafaat tersebut, maka seseorang itu perlulah sentiasa berdamping dan memiliki hati yang terikat kuat dengan Al-Quran.

Imam Abdullah al-Haddad dalam Nasa’ih al-Diniyyah menjelaskan bacaan al-Quran merupakan ibadah yang paling afdal untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga kita dapat mengamalkannya setiap kali mengaji Al Quran.

Selain itu, bacalah doa sebelum membaca ayat suci Al-Quran ini supaya dilapangkan dada untuk menerima ilmu Allah S.W.T serta diberikan petunjuk dan hidayah.

Dapatkan Kelas Mengaji Online Nifa Quran

Nifa Quran Care Academy

membaca Iqra bersama NifaQuran

Anda mahu anak-anak anda menjadi insan yang intelek dan celik Al-Quran pada awal usia? 

Faham dan mahir hukum tajwid dengan mudah dan cepat?

Di Nifa Quran, kami mahir dalam mengajar Iqra bagi kanak-kanak sehingga mahir mengaji seawal usia 6 tahun.

Kami menggunakan kaedah dan modul yang ringkas dan mudah untuk anak-anak anda bersesuaian dengan tahap kemampuan dalam lingkungan proses pembesaran mereka.

Selain itu, kami mempunyai 400 orang lebih tenaga pengajar yang mahir dan bertauliah.

Setiap tutor Nifa Quran menjalani NQC Tutor Training setiap bulan bagi memastikan kualiti pembelajaran yang berkesan bersama anak-anak anda.

Jadi, tunggu apa lagi?

Ayuh, manfaatkan masa yang ada dengan membaca dan mempelajari ilmu al-Quran bersama kami sekarang! Klik pautan di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Welcome