fbpx

Membaca Al-Quran merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan untuk setiap umat Islam.

Namun, kesibukan dalam mengejar hal duniawi menjadikan kita leka dan alpa dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Sebenarnya, mengaji ini tidak mengambil masa yang lama meskipun dengan menghadiri kelas mengaji personal. Ia bergantung kepada diri kita sendiri, sama ada boleh membaca dengan lancar atau tidak.

Jika anda boleh membaca dengan lancar, membaca satu muka surat Al-Quran hanya akan mengambil masa beberapa minit sahaja.

Mari membaca artikel ini lebih lanjut untuk tips membaca dengan lancar.

5 Tips Baca Al-Quran Dengan Lancar

kelas mengaji personal

1.   Mengenal huruf, tanda baca dan tajwid

Untuk membaca Al-Quran, pertama sekali yang perlu dilakukan adalah mengenal 29 huruf hijaiyah.

Tanda baca pula disebut sebagai harakat. Selain itu, tajwid juga perlu difahami agar dapat membaca Al-Quran dengan betul.

Apabila semua ini sudah faham, pasti akan memudahkan anda untuk melancarkan bacaan.

2.   Sentiasa mendengar alunan ayat Al-Quran

Sesungguhnya kebaikan mendengar Al-Quran adalah sangat banyak.

Apabila sudah biasa mendengar alunan ayat, lidah anda pasti menjadi lancar untuk membacanya.

Bahkan Tuhan juga menjanjikan rahmat untuk sesiapa yang tekun mendengarnya.

3.   Kerap membaca Al-Quran

Untuk melancarkan bacaan Al-Quran, anda digalakkan untuk membacanya sekurang-kurangnya satu muka surat untuk sehari.

Lama kelamaan, pasti bacaan anda juga akan lancar dan dapat menguasai ilmu tajwid dengan baik.

4.   Mempraktikkan bacaan Al-Quran dalam solat

Anda juga digalakkan untuk membaca ayat Al-Quran di dalam solat selepas bacaan al-Fatihah.

Ini boleh mulakan dengan bacaan surah-surah lazim.

Tidak kira apa juga surah sekalipun, banyak fadilatnya apabila membaca ayat Al-Quran dalam solat.

5.   Menggunakan perkhidmatan guru Al-Quran

Tahukah anda sekarang ini  telah banyak home tutor yang mengajar mengaji, baik secara berkumpulan dan juga ada kelas mengaji personal secara online?

Contohnya seperti Nifa Quran Care Academy yang mempunyai ramai pakar dalam bidang Al-Quran.

Dengan menggunakan perkhidmatan seperti ini, anda akan dapat belajar membaca Al-Quran dengan lancar.

Tiada lagi ragu-ragu dengan tajwid dan sebutan huruf.

Namun begitu, anda sangat digalakkan untuk menyertai kelas mengaji online berbanding secara fizikal.

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui sebabnya.

Baca Juga

Bagaimana Nak Belajar Tajwid Dengan Mudah

7 Sebab Pentingnya Kelas Mengaji Personal

kelas mengaji personal

Dalam era pasca pandemik kini, kita digalakkan untuk tidak membuat aktiviti berkumpulan secara beramai-ramai dan perlu menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

Jadi, kelas mengaji personal secara online merupakan pilihan terbaik untuk mencegah penularan virus yang meluas ini.

1.   Bebas belajar mengikut progress masing-masing

Jika mengaji secara berkumpulan, guru mengaji akan membahagikan konsentrasi pengajaran kepada ramai pelajar.

Sekiranya anda ketinggalan, terpaksalah mengalah mengikut rakan-rakan yang lain. Ini akan menyebabkan sasaran pengajian anda tidak tercapai dengan sempurna.

Ini tidak akan berlaku jika anda memilih kelas mengaji personal.

Anda bebas memilih mengikut tahap pembelajaran yang disasarkan seperti mengaji Iqra’, Tilawah atau bacaan Al-Quran.

2.   Pembelajaran lebih fokus

Selain itu, kelas Al-Quran secara online akan membuatkan anda fokus pembelajaran.

Ini kerana tiada lagi gangguan seperti bunyi berkumpulan yang ramai orang yang boleh menghilangkan konsentrasi anda untuk belajar mengaji Al Quran.

3.   Bebas memilih cara pembelajaran

Pemilihan cara pembelajaran adalah amat penting untuk memudahkan seseorang mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran.

Dengan mengikuti pelajaran Al-Quran secara online, anda boleh memilih guru dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kehendak atau cara yang dianggap memudahkan proses pembelajaran anda..

4.   Bebas memilih platform pembelajaran

Anda juga boleh belajar mengaji tanpa skip kelas walaupun semasa bercuti pulang ke kampung kerana boleh mengaji di mana-mana sahaja anda berada.

Anda boleh menggunakan Zoom Meeting atau Google Meet sebagai platform untuk belajar secara online.

Dengan pengajian secara online, anda dapat berikan tumpuan sepenuhnya tanpa gangguan dan jika terdapat halangan seperti kecemasan untuk mengubah waktu lain, anda boleh terus set dengan pusat pengajian untuk gantikannya ke waktu lain.

Tidak seperti kelas fizikal, jika tutor sedang dalam perjalanan ke rumah anda, anda terpaksa terima juga sesi pengajian tersebut walaupun anda ingin ubah waktu last minit kerana ada urusan penting.

5.   Bebas memilih jadual

Bagi anda yang sangat sibuk bekerja, anda boleh berbincang dengan guru Al-Quran masing-masing untuk membuat kelas sesuai dengan kelapangan masa anda.

Dalam masa yang sama, anda juga dapat melaksanakan ibadah belajar membaca Al-Quran dengan baik.

6.   Guru berpengalaman dan profesional

Bagi anda yang risau tentang kompetensi mengajar guru atau ustaz dan ustazah yang mengajar, boleh cari maklumat lengkap dan pilih sendiri.

Institusi swasta pasti akan memaklumkan profil guru Al-Quran, dan anda berhak untuk menentukan guru Al-Quran yang anda akan pilih.

Setiap penyedia Al-Quran persendirian profesional pastinya memilih pengajar mereka supaya mereka dapat memberikan pembelajaran yang optimum kepada pelajar mereka.

Jika anda memilih untuk mengikuti kelas mengaji personal dan belajar mengaji online, anda berhak untuk menentukan guru Al-Quran yang anda akan pilih.

Pusat pembelajaran Al-Quran yang baik pastinya memilih tenaga pengajar yang profesional supaya mereka dapat memberikan pembelajaran yang optimum kepada pelajar mereka.

Meskipun bacaan Al-Quran kita lancar, tapi pasti kita mahukan peningkatan pembacaan Al-Quran yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran adalah dengan menyertai kelas mengaji online.

Nifa Quran merupakan pilihan terbaik untuk anda belajar Al-Quran secara online.

Di sini terdapat ramai guru Al-Quran yang profesional yang berpengalaman.

Dengan hanya RM10, anda boleh mendaftarkan anak anda untuk mengikuti Kelas Mengaji Iqra Percubaan.

Welcome