fbpx

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam yang diterima melalui perantara Allah SWT.

Sebab utama al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan hidup lengkap umat Islam sedunia. Tak kira golongan umur, kita sebagai umat Islam hendaklah belajar membaca dan menghayatinya.

Oleh itu, kanak-kanak perlulah dididik seawal usia untuk membaca al-Quran supaya ia dapat mengukuhkan iman mereka terhadap Allah SWT.

Dengan kemudahan teknologi zaman kini, kanak-kanak boleh belajar membaca al-Quran dari rumah secara online.

Artikel ini mengupaskan beberapa tips persediaan untuk anak-anak anda masuk kelas mengaji online kanak kanak.

Tips Persediaan Masuk Kelas Mengaji Online Kanak-kanak

Cara yang diberikan ini sesuai untuk anak-anak berusia 12 tahun ke bawah dan masih berada di sekolah rendah.

1. Perkenalkan anak dengan huruf hija’iyah

Memperkenalkan anak dengan huruf hija’iyah adalah antara langkah yang penting untuk menyediakan mereka sebelum masuk kelas mengaji.

Ini dapat dilakukan dengan menggunakan flash card, puzzle, lagu, video, atau iqra’.

2. Perkenalkan silibus mengaji yang mudah

Selain itu, anda boleh memilih silibus mengaji yang mudah dan sesuai untuk anak.

Terdapat banyak sumber didikan tersedia yang anda boleh gunakan.

Antaranya ialah buku, video, dan sebagainya.

Tetapi salah satu pilihan yang terbaik adalah iqra’ kerana susunan isinya sangat mudah diikuti dan difahami oleh anak-anak.

3. Berikan peralatan mengaji untuk kanak-kanak

Anda juga boleh belikan peralatan mengaji yang sesuai untuk kanak-kanak untuk menarik minat mereka untuk belajar mengaji.

Contohnya, jika anda mempunyai tiga orang anak yang masih belajar iqra’, anda boleh membeli tiga buah iqra’ yang berbeza untuk setiap anak anda.

Anda juga boleh membeli rehal dan petunjuk mengaji mengikut warna kegemaran mereka.

Ini akan membuat mereka lebih tertarik dan bersemangat untuk belajar mengaji.

Jika anak anda sudah pandai membaca al-Quran, anda boleh belikan mereka al-Quran yang telah dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil mengikut juz.

Ini akan memudahkan mereka membawa al-Quran ke mana-mana sahaja.

Ia juga dapat memberikan mereka motivasi untuk menamatkan bacaan dan membaca juz seterusnya.

4. Sistem ganjaran

Perkenalkan sistem ganjaran kepada anak anda.

Ganjaran diberikan tidak perlu yang berharga mahal, cukup sekadar sticker yang ditampal pada halaman yang sudah dibaca dengan lancar.

Jika anak anda mencapai tahap yang lebih tinggi seperti naik iqra’ atau habis juz, anda boleh memberikan mereka hadiah yang lebih menarik sebagai ganjaran.

Contohnya, buku atau pilihan filem untuk ditonton.

Ini adalah cara yang sangat berkesan untuk memupuk semangat mengaji anak-anak.

5. Tetapkan waktu yang konsisten untuk mengaji

Terdapat beberapa aktiviti yang disarankan yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga bersama untuk menguatkan ikatan kekeluargaan.

Antaranya ialah makan bersama, menunaikan solat bersama, serta menonton TV bersama.

Aktiviti lain yang boleh ditambah ialah mengaji.

Anda boleh cuba tetapkan waktu mengaji setiap hari. Ia boleh dilakukan setiap kali selepas solat berjemaah.

Pastikan setiap ahli keluarga mengikuti untuk membaca al-Quran bersama-sama.

Tidak dapat dinafikan bahawa awal-awal mungkin agak sukar untuk tepati, tetapi jika ia dilakukan secara konsisten pastinya akan menjadi rutin.

Apabila kanak-kanak terbiasa dengan rutin tersebut, pastinya mereka akan membaca al-Quran secara automatik setelah solat tanpa perlu diperintah.

Artikel Berkaitan

Tuntutan Anak-anak Untuk Belajar Mengaji

6. Ceritakan ganjaran pahala mengaji

Selain itu, anak-anak juga perlu diajar akan kepentingan membaca dan memahami al-Quran.

Ceritakan kepada mereka ganjaran membaca al-Quran.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh ceritakan kelebihan membaca surah tertentu dan bacaan doa yang dipetik daripada ayat al-Quran serta maksudnya sekali.

Pastinya anak anda tertarik untuk mempraktikkan surah-surah dan doa-doa yang dipelajari mereka.

7. Ceritakan ibrah dan pengajaran dari setiap surah

Sudah menjadi fitrah kanak-kanak untuk menyukai teknik pembelajaran melalui penceritaan secara santai.

Terdapat pelbagai kisah menarik dari surah yang boleh diceritakan kepada anak-anak.

Apabila anak-anak sudah tahu atau mempelajari sesuatu ilmu yang baru, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk menyertai kelas mengaji online.

Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai semangat untuk kanak-kanak untuk berkongsi ilmu pengetahuan atau meminta pendapat daripada guru mengaji.

8. Latih anak-anak menghafal surah lazim

Ajar anak-anak untuk menghafal surah-surah lazim dalam al-Quran seawal mereka berusia 2 tahun mulai dari surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha.

Namun, anda sewajarnya memfokuskan kepada kualiti bacaan berbanding kuantiti hafalan.

Jangan terlalu risau jika kanak-kanak perlu waktu lebih untuk menghafal sesebuah surah. Mereka masih kecil, jadi banyak lagi masa untuk mereka menghafal.

Kelebihan dari menghafal surah-surah lazim ini akan sangat membantu mereka bersedia menyertai kelas mengaji online.

9. Mendoakan anak-anak

Rugilah sekiranya kita tidak memanfaatkan kelebihan doa oleh ibu dan bapa.

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak, anda boleh berdoa apa sahaja untuk mereka setiap hari.

Anda juga boleh mendoakan mereka supaya mereka menjadi golongan yang mencintakan al-Quran. 

10. Berikan contoh yang baik

Akhir sekali, sebagai ibu bapa, anda haruslah memainkan peranan penting untuk menjadi contoh yang terbaik untuk kanak-kanak.

Janganlah kita culas dalam mengaji walaupun kita menyuruh anak membaca al-Quran setiap hari.

Namun begitu, pusat pembelajaran Al-Quran yang baik pastinya dapat memberikan pembelajaran yang optimum kepada anak anda.

Meskipun kita dapat mendidik anak-anak mengaji di rumah, pasti kita mahukan peningkatan pembacaan al-Quran yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran membaca al-Quran adalah dengan mendaftar mereka menyertai kelas pengajian online.

Nifa Quran merupakan pilihan terbaik untuk anda belajar Al-Quran secara online.

Di sini terdapat ramai guru Al-Quran yang profesional yang berpengalaman.

Dengan hanya RM10, anda boleh mendaftarkan anak anda untuk mengikuti Kelas Mengaji Iqra Percubaan.

Welcome