fbpx

Al-Quran ialah hidayah dan petunjuk bagi setiap persoalan dalam kehidupan manusia.

Ia memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan sebagaimana Allah menugaskan Rasulullah SAW memberi keterangan lengkap dasar yang berkenaan.

Kenyataan ini terdapat dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.” (Surah an-Nahl, ayat 44)

Setiap Muslim dikehendaki membaca Al-Quran dan belajar mengaji sebagai sebahagian daripada tugas agama mereka.

Di samping solat lima waktu, belajar mengaji Al Quran adalah satu ibadah yang tidak boleh ditinggalkan.

Keistimewaan yang terdapat dalam Al-Quran menjadikannya kitab suci untuk umat Islam. Kitab terakhir yang datang kepada Nabi Muhammad daripada Allah yang berkuasa adalah Al-Quran.

Oleh itu, Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan bagi seluruh umat Islam di dunia.

Sekurang-kurangnya dalam satu hari cuba dapatkan 1 muka surat untuk dibaca. Jadikan amalan mengaji Al-Quran sebagai amalan seharian kita.

Terutama sekali buat mereka yang sudah berkeluarga. Terapkan amalan mulia ini dalam aktiviti keluarga agar anak-anak kecil anda berminat untuk belajar Al-Quran dengan lebih mendalam kelak.

Cara Ajar Anak Mengaji di Usia Muda

belajar mengaji

Bagaimana untuk mengajar anak-anak membaca al-Quran pada usia muda?

Di Malaysia, kebanyakan ibubapa atau penjaga mula mendedahkan kanak-kanak kepada pembelajaran, sama ada membaca, mengira, atau belajar, pada usia 4-5 tahun.

Oleh sebab itu, ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka ke tadika atau pra-sekolah. Pada waktu itu, minda kanak-kanak sudah “bersedia” untuk menerima ilmu pengetahuan.

 1. Latih otak anak dari kecil

belajar mengaji

Mengajar anak anda mengenali abjad Jawi sebelum mereka boleh membaca merupakan salah satu teknik mudah.

Jika anda perhatikan gelagat anak kecil, mereka lebih cepat memahami sesuatu perkara melalui kaedah copying.

Sebagai contoh, pada usia 4 atau 5, mereka sudah boleh menghafal abjad ABC atau menyebut beberapa perkataan dek menonton kartun di kaca televisyen.

Jadi,  sebagai seorang ibu atau bapa, anda boleh menggunakan langkah yang sama untuk mengajar anak kecil mengenali abjad Jawi. 

Sekiranya anda kerap membuatnya, minda anak anda dapat dilatih untuk memproses perkara yang baru dipelajari dengan lebih cepat.

2. Disiplinkan mengaji sekerap mungkin

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengajar anak kecil mengaji sekerap yang boleh.

Anda boleh membuat jadual belajar mengaji Al-Quran di rumah. Dengan ini, anda boleh aturkan pembelajaran Al-Quran yang ingin diajar kepada si kecil.

Sesi pembelajaran ini boleh dilakukan pada waktu lapang seperti hujung minggu atau selepas solat Isyak.

3. Jangan marah

Ketika anda mengajar anak anda mengaji Al-Quran, sebaiknya anda perlu mengawal emosi.

Hal ini kerana, anak kecil tersebut baru belajar mengaji untuk mengenali Al-Quran.

Jadi, jika mereka melakukan kesalahan, anda perlu menegur dengan tegas,  bukan memarahi mereka.

Seperkara lagi, jika anda kerap memarahi anak-anak, minat mereka untuk mempelajari Al-Quran makin hilang.

4. Rajin- rajin membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal

Sebelum mereka bangun dari katil pada waktu pagi dan sebelum mereka tidur pada waktu malam, rajin-rajinkan membaca surah yang kita ingin anak hafal.

Dengan berbuat demikian, mereka dapat mengingati bait-bait Al-Quran yang diucap.

Anda boleh memperbaiki lagi bacaan surah anak-anak pada waktu yang telah ditetapkan.

Kepentingan Ajar Anak Kenal Al-Quran

kenali Al-Quran

Pengajaran dan pembelajaran awal Al-Quran amat digalakkan. Anak-anak mesti faham bahawa Allah SWT telah menyampaikan Al-Quran sebagai wahyu atau petunjuk kepada manusia.

Sejak zaman dahulu lagi, ahli akademik telah berusaha untuk memudahkan lagi umat Islam untuk memahami dan membaca Al-Quran.

1. Penerangan kepada segala permasalahan

Al-Quran adalah al-Mubiin iaitu menerangkan sesuatu dan dijadikan sebagai penerang kepada permasalahan yang dihadapi oleh seluruh umat Islam. Kitab Al-Quran banyak menghuraikan ajaran dan nasihat.

2. Petunjuk dalam kehidupan

Al-Quran juga bermaksud al-Huda yakni petunjuk. Al-Quran sebagai petunjuk untuk umat Islam agar sentiasa berada di landasan yang betul dan lurus.

3. Berkat dalam kehidupan

Al-Quran juga membawa maksud ar-Rahmah iaitu kerahmatan. Al-Quran sebagai rahmat buat umat Islam yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.

Artikel Berkaitan

Bagaimana Nak Belajar Tajwid Dengan Mudah

Kepentingan Dalam Mengajarkan Al-Quran

1. Membentuk asas iman

Ia dapat membantu ibu bapa menyemai asas agama dalam jiwa anak-anak mereka pada usia muda ini.

Pujuk anak bahawa Al-Quran mudah dibaca dan difahami.

2. Mengembangkan potensi anak

Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting dalam merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda anak untuk lebih cekap dan bijak.

“Tiada saintis boleh mengatasi kesungguhan kanak-kanak untuk belajar, mengkaji, mencuba, dan menyiasat sesuatu yang mereka minati untuk dipelajari.”

Di atas ialah apa yang dikatakan menurut Dr Glenn Doman, ahli terapi fizikal dan perintis dalam bidang perkembangan otak kanak-kanak.

3. Ibu bapa kunci perkembangan otak anak-anak

Hasil akan lebih baik jika anda sendiri mendidik anak-anak lebih cepat. Ini ibarat menyemai benih dan berikan baja terbaik untuk pertumbuhan, begitulah juga pada anak-anak.

Berdasarkan kajian, ibu bapa haruslah memastikan anak mereka memperoleh Pendidikan seawal mungkin khusus dalam pembelajaran Al-Quran bagi yang beragama Islam.

Bukan meneliti bacaan dan mengajar sahaja, kita juga perlu memantau proses yang dilalui berkesan contohnya melalui rangsangan, belaian, sentuhan, sebutan, dan lain lain.

Ajar Anak Mengaji di Nifa Quran

belajar mengaji

Apa yang akan dipelajari anak anda?

  • Anak anda akan dapat aplikasi pengetahuan asas hukum belajar tajwid seawal pembelajaran kelas mengaji iqra.
  • Merangsang kecerdasan minda dengan pembelajaran Hukum Tajwid secara infografik berdasarkan silibus yang dicipta khusus mengikut tahap kemampuan anak-anak.
  • Mempunyai pengetahuan asas Hukum Tajwid menggunakan e-book Easy Tajwid NQC Academy dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menyelesaikan Latihan Hukum Tajwid mingguan yang disediakan.

Apakah pendekatan Nifa Quran dalam Kelas Mengaji Iqra?

  • Kelas Mengaji Iqra mempunyai sukatan pembelajaran tertentu yang telah disusun mengikut buku Iqra 1 hingga buku Iqra 6.
  • Kelas Mengaji Personal yang diprogramkan untuk anak anda bersesuaian dengan tahap kemampuan dalam lingkungan proses pembesaran mereka.
  • Melalui sesi pembelajaran one-to-one bersama tutor mereka, anak anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bertanya dan jawab soalan dalam meningkatkan tahap kefahaman mereka.
  • Anak anda tidak bosan mengaji dengan aplikasi Games & Exercise pada setiap muka surat Iqra’ dan dapat menarik minat mereka untuk mengaji dengan happy.
  • Nifa Quran menggunakan pendekatan bimbingan untuk memudahkan pemahaman berbanding dengan kaedah sekadar mengajar dan memberitahu.
  • Sebagai ibu bapa, anda akan menerima laporan pencapaian bulanan anak anda bagi memantau prestasi kemajuan mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tanamkan dalam diri anak terlebih dahulu bahawa Al-Quran itu sesuatu yang sangat istimewa.

Hal ini kerana terdapat panduan yang lengkap untuk menjadi insan yang dirahmati serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Dengan demikian, diharap anak-anak lebih bersemangat untuk mempelajari Al-Quran yang mulia ini.

Bagi ibu bapa yang mempunyai kekangan masa untuk mengajar anak mengaji, kami di Nifa Quran bersedia untuk bantu anda! 

Nifa Quran akan membantu ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka boleh belajar mengaji dan membaca Al-Quran dengan lancar serta mempunyai ilmu tajwid di awal usia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 011-18852576 atau klik pautan di bawah.

Welcome