Al-Quran ialah hidayah dan petunjuk bagi setiap persoalan dalam kehidupan manusia. Ia memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan sebagaimana Allah menugaskan Rasulullah SAW memberi keterangan lengkap dasar yang berkenaan. Kenyataan ini terdapat dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan agar kamu menerangkan …