fbpx

Bulan Ramadan merupakan bulan Al-Quran diturunkan, jadi selayaknya bulan ini dijadikan sebagai bulan untuk memahami Al-Quran ataupun mengamalkan tadabbur Al-Quran. 

Banyak manfaatnya sekiranya anda mengambil peluang yang ada pada bulan ini untuk mula mentadabburkan Al-Quran.

Tadabbur Al-Quran bukan sahaja memahami, tetapi lebih daripada itu. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maksud tadabbur Al-Quran dan kelebihan mengamalkannya.

Apa Maksud Tadabbur? 

Al-Quran dipelihara dengan dua cara, iaitu dipelihara dalam mashaf (fis sutur) dan dalam dada penghafaznya (fis sudur).

Bagi menghidupkan Al-Quran di dada, perlunya untuk kita memahami maksud kalimah Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayatnya.

Menurut Sheikh Habannakah, Tadabbur ialah proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan terhadap isyarat dari Al-Quran setelah memahami maksud ayat melalui tafsir.

Penghayatan yang dimaksudkan adalah pembacaan Al-Quran secara tadabbur memerlukan pemahaman mendalam dengan cara serta-merta tunduk mentaati Allah.

Hal ini kerana terkandungnya peristiwa yang sudah berlaku untuk dijadikan iktibar dan pengajaran oleh semua umat Islam.

Apabila kita memahami iktibar dan pengajaran daripada Al-Quran, kita akan dengan rela hati mahu tunduk dan sentiasa taat kepada-Nya.

8 Kepentingan Tadabbur Al-Quran 

tadabbur quran

Memahami Al-Quran banyak kelebihannya, iaitu:

1. Membantu Memahami Al-Quran Dengan Lebih Baik

Tadabbur Al-Quran membantu kita untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dengan lebih baik. 

Setiap ayat Al-Quran mengandungi maksud tersirat di mana hanya orang yang mentadabburkan Al-Quran sahaja boleh memahaminya.

Maksud tersirat yang dimaksudkan adalah peringatan dan pengajaran dari peristiwa yang telah berlaku sebelum ini.

Dengan memahami maksud tersirat Al-Quran, ia akan membantu kita untuk memahami lebih mendalam tentang Islam dan kekuasaan-Nya sekaligus meningkatkan keimanan dalam diri.

2. Meningkatkan Kesedaran Kita Akan Keindahan Al-Quran

Dengan mentadabburkan Al-Quran sahaja kita dapat merasai betapa indahnya Al-Quran untuk umat Islam.

Menerusi Al-Quran, Allah SWT menyampaikan bahawa Islam adalah satu-satunya agama paling sempurna yang membawa rahmat dalam kehidupan.

Allah SWT berfirman, “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah Al-Maidah : 3)

Selain itu, dengan mentadabburkan Al-Quran, anda akan memahami bahawa Islam merupakan agama yang bertoleransi atau bertolak-ansur dengan agama lain.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali Imran : 19)

Dari firman ini, Allah SWT sangat menggalakkan umat Islam menyantuni golongan bukan Islam yang tidak mengancam Islam serta umatnya.

Oleh itu, dengan mentadabbur Al-Quran sahaja kita dapat memahami banyak firman Allah SWT yang begitu indah dalam setiap aspek kehidupan, termasuk hubungan sesama manusia tidak mengira agama.

3. Membantu Mengembangkan Pemikiran Kritikal

Mukjizat Al-Quran sangatlah luas, ramai saintis terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains.

Misalnya, tercatat di dalam Al-Quran berkaitan dengan kejadian manusia walaupun Al-Quran telah wujud sebelum kemajuan teknologi sains dalam kajian ini. 

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” (Surah Al-Mukminun : 12 – 14)

Dari penerangan maksud ayat Al-Quran di atas, dapat diringkaskan bahawa seseorang yang mentadabburkan Al-Quran akan memahami bahawa Allah SWT adalah Maha Mengetahui setiap ciptaan-Nya.

Daripada ayat-ayat ini jugalah akan membuatkan kita lebih berfikiran kritikal dan akan memahami banyak ilmu sains juga terdapat dalam Al-Quran.

Justeru, umat Islam sangat digalakkan untuk mendalami ilmu Al-Quran dengan memahami dan mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang secara tidak langsung mengembangkan kemampuan pemikiran kritikal kita. 

4. Membantu Meningkatkan Kecerdasan Emosi

Tadabbur Al-Quran membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan emosi kita. Hal ini kerana, terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menenangkan emosi.

Misalnya, Surah Yasin, Surah Al-Insyirah, dan Surah Yusuf.

Terdapat ayat-ayat di dalam surah ini yang boleh dikaitkan dengan kehidupan zaman sekarang dijadikan sebagai motivasi.

Selain itu, makna-makna ayat yang telah difahami akan membantu memahami dan mengendalikan emosi kita dengan lebih baik.

Hal ini akan membantu kita untuk lebih mampu menghadapi cabaran dan kesukaran dalam kehidupan dengan lebih positif dan sabar.

5. Meningkatkan Kualiti Solat

solat

Mentadabburkan Al-Quran juga dapat membantu seseorang meningkatkan kualiti solat. 

Dengan memahami maksud dan tujuan setiap ayat yang dibaca semasa solat, seseorang dapat mendalami penghayatan ibadah solat yang dilakukan.

6. Membantu Memupuk Kasih Sayang Terhadap Al-Quran

Tadabbur Al-Quran membantu memupuk kasih sayang kita terhadap Al-Quran. Dalam proses tadabbur, kita akan menghayati keindahan dan makna ayat-ayat Al-Quran. 

Hal ini demikian, membuat kita lebih dekat dengan Al-Quran dan memupuk kasih sayang kita terhadapnya. Kita akan lebih bersemangat untuk membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran setiap hari.

7. Membantu Memupuk Keinsafan dan Ketaqwaan Kita

Baca Al quran

Melalui amalan tadabbur, kita akan lebih mendalami makna ayat-ayat Al-Quran dan merenungkan kaitannya dengan kehidupan kita. 

Ini akan membantu kita untuk memupuk keinsafan dan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT. 

Dengan mempunyai keinsafan dan ketaqwaan yang tinggi, kita akan lebih mudah menjalani kehidupan yang bermakna dan memberi manfaat kepada orang lain.

Oleh itu, mentadabburkan  Al-Quran adalah amalan yang sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seseorang Muslim. 

Melalui tadabbur Al-Quran, seseorang dapat memperoleh banyak manfaat dan keberkatan. 

Bagi memaksimumkan manfaat yang diperoleh, ia perlu diamalkan secara berterusan dan teratur.

Jangan lupa untuk mengajak keluarga, sahabat dan orang terdekat untuk turut mengamalkan tadabbur Al-Quran bersama-sama, terutamanya pada bulan Ramadan. 

Dengan melakukan ini, ia dapat membina keakraban, saling menguatkan dan memperkukuhkan hubungan di antara mereka.

Mahu Perbaiki Bacaan Anak Sebelum Tadabbur Al-Quran Bulan Ramadan? 

anak anak membaca al quran

Sebaiknya, manfaatkanlah bulan Ramadan dengan meningkatkan amalan ibadah kita, termasuk amalan membaca dan mentadabbur Al-Quran.

Semestinya anda ingin membaiki bacaan anda  menjadi lebih baik dan lancar supaya anda berasa yakin dan senang hati semasa membaca Al-Quran.

Sebagai seorang dewasa yang mahu melancarkan bacaan, apatah lagi anak-anak kita yang masih bertatih dalam bacaan Al-Quran ini.

Nifa Quran Care Academy adalah pusat pengajian Al-Quran yang berpengalaman selama bertahun-tahun dalam mengajarkan bacaan Al-Quran. 

Dengan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman, Nifa Quran Care Academy menawarkan pelbagai program pembelajaran Al-Quran yang lengkap dan berstruktur, seperti Tahsin, Tajwid, hingga Tadabbur Al-Quran.

Artikel Berkaitan

Tips Nak Jadikan Mengaji Al Quran Sebagai Tabiat Anak Anak

Jika anda berminat untuk mendaftarkan anak anda di Nifa Quran Care Academy, anda boleh klik link ini untuk mendaftar!

Welcome