Mengaji Al Quran merupakan salah satu amalan yang sangat bagus dan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. Anak-anak perlu dididik untuk membaca Al-Quran sejak kecil lagi.
Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa yang masih bergelut untuk mengajar anak-anak mengaji dan tidak tahu cara untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa membaca Al-Quran.
Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang beberapa tips untuk jadikan mengaji Al Quran tabiat anak serta kesalahan ketika mengajar anak mengaji.
Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!
5 Tips Jadikan Mengaji Al Quran Tabiat Anak
1. Menggunakan kad imbasan menarik
Anak-anak biasanya tertarik dengan benda-benda yang berwarna dan bergambar. Oleh sebab itu, mereka mudah hilang fokus jika perkara itu tidak menarik bagi mereka.
Justeru, ibu bapa boleh cuba untuk menggunakan kad imbasan huruf-huruf hijaiyah bagi menarik perhatian mereka supaya mengaji Al Quran, terutamanya yang berumur 3 tahun kebawah.
2. Memasang surah-surah Al-Quran ketika anak tidur
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa memasang lagu yang hanya mempunyai irama dengan perlahan apabila bayi sedang tidur dapat meningkatkan kemampuan memori bayi anda.
Oleh itu, anda boleh cuba untuk memasang audio surah-surah Al-Quran di rumah ketika bayi anda sedang tidur bagi menguatkan lagi kemampuan memori mereka.
3. Menggunakan kaedah yang kreatif untuk menarik minat anak-anak mengaji Al Quran
Disebabkan pengaruh gajet dan teknologi terkini, kanak-kanak sukar untuk tertarik kepada mengaji dan membaca Al-Quran.
Mereka perlu dididik dengan cara yang lebih memberangsangkan supaya mereka beralih fokus daripada gajet yang mereka ada.
Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik mengikuti peredaran masa sekarang supaya anak-anak lebih tertarik untuk mengalunkan bacaan Al-Quran.
Ini boleh dilakukan dengan mengikuti Kaedah Haraki yang menggalakkan “Fun Learning”. Kaedah ini melibatkan pelbagai pergerakan seperti melukis, bercerita, menari dan menyanyi.
Dengan melakukan kaedah seperti ini, anak-anak akan lebih teruja dan bersemangat untuk belajar mengaji.
4. Memainkan audio surah-surah pendek kepada anak di rumah
Kerap mendengar bacaan surah-surah Al-Quran juga boleh menimbulkan rasa minat untuk mengaji dan mempelajari Al-Quran serta membantu anak-anak untuk menghafal dengan lebih cepat.
Anda boleh memasang surah-surah yang pendek dan mudah dihafal ketika berada di rumah ataupun di dalam kereta.
5. Tunjukkan contoh yang baik
Anak-anak memandang tinggi kepada ibu-bapa mereka dan sering jadikan apa-apa yang ibu bapa mereka lakukan sebagai teladan.
Jadi, anda perlu menunjukkan contoh yang bagus dengan mengamalkan mengaji Al Quran di hadapan mereka setiap hari supaya anak-anak juga akan ikut.
Contohnya, anda boleh cuba membaca beberapa muka surat Al-Quran bersama anak-anak anda selepas solat maghrib.
Apabila anda melakukannya setiap hari, anak-anak juga dapat membiasakan membaca dan seterusnya jadikan amalan ini sebagai rutin harian mereka.
4 Kesalahan Ketika Ajar Anak Mengaji Al-Quran
1. Memaksa anak untuk mengaji
Elakkan memaksa anak-anak untuk mengaji. Sebaliknya, anda perlu mencuba untuk menarik minat mereka supaya mengaji Al-Quran.
Sebagai contoh, anda boleh mulakan dahulu dengan menceritakan tentang kisah-kisah ajaib di dalam Al-Quran kepada anak-anak seperti kisah-kisah Nabi.
Kisah-kisah yang menarik ini pasti akan membuatkan mereka lebih teruja untuk mengaji berbanding memaksa mereka.
2. Ganjaran selepas mengaji
Memberikan ganjaran atau ‘reward’ selepas anak-anak selesai mengaji akan menyebabkan mereka rajin mengaji hanya kerana mengharapkan sesuatu dan bukan mengaji secara ikhlas.
Jika anda sering memberikan ganjaran ketika mengaji, anak-anak tidak akan mahu mengaji apabila tiada ganjaran.
3. Marah/Rotan
Apabila anak melakukan kesalahan ketika mengaji dan membaca Al-Quran, ibu bapa kadang-kadang akan marah atau rotan.
Walaupun niatnya baik untuk memastikan kesilapan tersebut tidak berulang lagi, anak-anak boleh hilang minat terhadap mengaji dan akan menghafal hanya kerana takut.
Sebaliknya, ibu bapa perlulah memupuk rasa cinta terhadap bacaan Quran dengan mendidik secara lembut dan bersabar, dan bukanlah menakutkan anak-anak.
Jika anak-anak anda takut apabila mengaji, tidak mustahil mereka akan berasa tidak minat untuk mengaji apabila sudah besar kerana pengalaman dimarahi dan dirotan ketika kecil dahulu.
4. Melakukan perbandingan antara anak-anak
Jika anda ada lebih dari satu anak, elakkan membandingkan mereka antara satu sama lain. Setiap anak mempunyai cara dan kelajuan belajar dan menghafal masing-masing.
Jika anda membandingkan anak-anak anda, ini akan melemahkan semangat anak yang lebih lambat belajar serta menimbulkan rasa tidak gemar terhadap mengaji.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menarik minat anak-anak untuk mengaji Al Quran supaya ia menjadi amalan harian yang ibu bapa perlu tahu.
Jika anda mencari pusat pengajian untuk membantu anda atau anak untuk mempelajari mengaji Al Quran, anda boleh lihat Nifa Quran Care Academy (N.Q.C.A)!
Kami berkepakaran dalam mengajar Iqra bagi kanak-kanak sehingga mahir mengaji seawal usia 6 tahun.
Berikut adalah beberapa perkara yang akan dipelajari oleh anak anda:
- Dapat aplikasi pengetahuan asas Hukum Tajwid seawal pembelajaran Kelas Mengaji Iqra.
- Merangsang kecerdasan minda dengan pembelajaran Hukum Tajwid secara infografik berdasarkan silibus yang dicipta khusus mengikut tahap kemampuan anak-anak.
- Mempunyai pengetahuan asas Hukum Tajwid menggunakan e-book Easy Tajwid NQC Academy dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami.
- Membina keyakinan berkomunikasi anak-anak dalam kelas mengaji melalui komunikasi dua hala bersama tutor.
- Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menyelesaikan Latihan Hukum Tajwid mingguan yang disediakan.
Jika anda berminat atau ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi kami di sini.