fbpx

Dalam masyarakat muslim Malaysia, lebih-lebih lagi semasa sekolah, kita diajar untuk mengamalkan doa khatam Al-Quran selepas sahaja membaca Al-Quran.

Doa khatam Al-Quran merupakan doa yang diamalkan oleh umat Islam sebagai ungkapan syukur dan memohon keberkatan setelah menyelesaikan bacaan Al-Quran.

Sebelum kami kongsikan doa khatam Al-Quran, jom kita lihat apa pandangan Ulama mengenai amalan pembacaan doa khatam Al-Quran.

Pandangan Ulama Mengenai Doa khatam Al-Quran

doa khatam Quran

Berdoa setelah mengkhatamkan Al-Quran adalah suatu tradisi yang dilakukan oleh para ulama.

Selain berdoa, mereka juga mengumpulkan keluarga dan teman-teman untuk merayakan pencapaian tersebut. Beberapa ulama juga menganjurkan untuk menghidangkan makanan sebagai tanda rasa syukur.

Dari Tsabit Al Bunani, dia berkata: “Dahulu Anas, jika dia mengkhatamkan Al-Quran, maka dia mengumpulkan anak-anaknya dan keluarganya, lalu dia berdoa untuk mereka.” (Lihat Sunan Ad Darimi No. 3517)

Dari Ibnu Hajar Al- Haitami: “Para sahabat kami menjelaskan tentang makanan yang dihidangkan ketika khatam Al Quran merupakan sunnah, hal itu diqiyaskan dengan pesta-pesta yang disunnahkan dengan menghimpun berbagai kebahagiaan dan menampakkan rasa syukur atas nikmat besar ini. Cukuplah itu menjadi dalil atas sunnahnya apa yang disebutkan itu, dan aku tidak ketahui adanya khabar dan atsar khusus tentang itu, kecuali apa yang dinukil dari Umar Radhiallahu ‘Anhu bahwa Beliau ketika khatam membaca Al Baqarah, Beliau menyembelih Unta”. (Al Fatawa Al Fiqhiyah Al Kubra)

Tidak ada riwayat sahih tentang jenis doa yang harus dibaca.

Beberapa ulama juga menyatakan bahawa tidak ada doa spesifik yang harus dibaca setelah khatam Al-Quran.

Akan tetapi, terdapat doa khusus yang diletakkan sebagai garis panduan untuk dibaca selepas khatam Al-Quran.

Adab khatam Al-Quran

Dalam kita bersemangat untuk menyelesaikan pembacaan Al-Quran, terdapat adab yang perlu diperhatikan agar cara membaca kita sesuai dengan sunnah Nabi SAW.

Berikut adalah beberapa adab yang dapat dijadikan panduan dalam khatam Al-Quran:

1.   Memilih waktu yang tepat untuk khatam Al-Quran

Jika khatam Al-Quran dilakukan dalam solat, waktu yang paling afdal untuk khatam Al-Quran adalah pada waktu solat Subuh.

Manakala, jika mahu berkhatam Al-Quran pada waktu selain dalam solat, lebih afdal untuk melakukannya di awal pagi atau di awal malam.

2.   Berpuasa sebelum khatam Al-Quran

Disunatkan untuk berpuasa pada hari khatam Al-Quran kecuali pada hari-hari yang dilarang untuk berpuasa seperti hari raya, hari Tasyrik, dan hari Syak.

3.   Disunatkan untuk mengucapkan takbir dari surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas

Selepas setiap kali anda selesai bacaan surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas, disunatkan untuk membaca takbir:

الله أكبر

Disambung pula dengan menambah takbir dan tahlil, seperti yang ditambah oleh beberapa ulama:

لا إله إلا الله والله أكبر

Disambung juga dengan takbir terakhir, iaitu:

 لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

4.   Membaca surah Al-Fatihah dan lima ayat awal surah Al-Baqarah

Setelah selesai membaca surah An-Nas, disunatkan untuk membaca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan lima ayat awal dari surah Al-Baqarah.

Baca Juga; Tips Hafal Quran Yang Berkesan dalam Bulan Ramadhan

Panduan Doa Khatam Al-Quran

Berikut dikongsikan bacaan doa khatam Al-Quran dalam bahasa arab dan diikuti dengan maksudnya dalam bahasa melayu:-

Doa Khatam Al-Quran

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

 

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

 

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

 

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

Maksudnya: 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

 

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

 

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

 

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

 

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

 

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Al-Quran merupakan kitab suci yang kita perlu hayati dalam kehidupan seharian. Sambutan menyambut kejayaan menghabiskan 30 juzuk Al-Quran merupakan suatu yang sunat berdasarkan dalil yang telah diberikan di atas.

Nifa Quran Care Academy menyediakan perkhidmatan mengajar mengaji Al-Quran. Kelebihan kelas bersama Nifa Quran adalah Dapat aplikasi pengetahuan asas Hukum Tajwid seawal pembelajaran Kelas Mengaji Iqra. Ayuh kita pelajari Al-Quran dan sama-sama mendekatkan diri kepada Allah dengannya. Tekan link dibawah!

Welcome