Ibu bapa patut menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji samada belajar mengaji online mahupun secara berdepan sejak mereka kecil lagi supaya mereka akan mengamalkan mengaji dalam kehidupan seharian.
Mengaji Al-Quran mempunyai banyak manfaatnya serta dapat melahirkan Muslim yang bagus dan berakhlak. Oleh itu, mengaji perlu dijadikan tabiat bagi setiap orang Muslim.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang adab ketika belajar mengaji online bagi anak-anak anda yang baru mula mengaji.
Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Adab Ketika Belajar Mengaji
Menjaga tatatertib ketika mengaji Al Quran sangat penting kerana Al-Quran merupakan kitab suci yang mulia dan perlu dihormati.
Beberapa adab ketika belajar mengaji adalah seperti berikut:
1. Menutup aurat
Menutup aurat ketika membaca Al-Quran sering dipandang remeh sedangkan ia adalah disunatkan.
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan anak anda menutup aurat dengan sempurna apabila mereka pergi belajar mengaji.
Aurat bagi lelaki adalah dari pusat mereka hingga ke lutut, manakala bagi perempuan adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan mereka.
Selain dari menutup aurat, pastikan pakaian yang dipakai juga bersih dari sebarang kekotoran.
Sedangkan berjumpa dengan orang yang ternama pun kita menjaga penampilan, membaca kalam Allah juga mestilah kita perlu dalam keadaan yang paling kemas dan bersih.
2. Berwuduk
Ia adalah sunat untuk kita berwuduk dan suci daripada hadas kecil sebelum kita menyentuh Al-Quran.
Menurut Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci” (Surah al-Waqiah, 79)
Seperti yang diterangkan di atas, Al-Quran adalah kitab suci yang mengandungi kalam Allah yang Maha Agung. Jadi, sebaiknya kita berada dalam keadaan bersih apabila memegang kitab mulia ini.
Jika anak anda pergi untuk belajar mengaji, ingatkan mereka untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.
3. Berada di tempat bersih
Berada di tempat yang bersih ketika membaca Al-Quran adalah salah satu tatatertib yang perlu dititikberatkan.
Daripada Abu Malik al-haris ibn ‘Asim al-Asy’ari r.a beliau berkata: Rasulullah Sallahualaihiwasalam telah bersabda: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menjaga kebersihan kedua-dua zahir dan batin. Ini termasuk juga kebersihan di sekeliling kita.
Membaca Al-Quran dalam tempat yang bersih juga bermakna kita menjaga kemuliaannya.
Elakkan dari membaca Al-Quran di tempat-tempat yang kotor dan hina seperti di tempat membuang sampah, di tandas dan sebagainya.
4. Baca dengan jelas serta tidak terburu-buru
Kita akan lebih mudah untuk mengenal setiap huruf makhraj dengan tepat dan teliti jika kita membaca Al-Quran dengan jelas dan tidak terburu-buru.
Membaca dengan terburu-buru dan terlalu laju tanpa penghayatan juga akan menghilangkan kemanisan dalam menelaah isi kandungan Al-Quran.
Sebaiknya, kita baca dengan perlahan sambil menghayati dan selami maksud serta kisah disebalik surah-surah yang terkandung dalam kalam Allah yang Maha Mulia ini.
Lagipun, Al-Quran ini adalah panduan utama bagi setiap umat Islam serta mempunyai penawar bagi segala penyakit hati dan jiwa.
Menghayati Al-Quran akan memastikan hala tuju hidup yang betul serta dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Oleh itu, menghantar anak untuk belajar mengaji sangat penting.
5. Menghadap kiblat ketika membaca
Kiblat merupakan arah yang paling mulia dan kita disunatkan untuk menghadap kiblat ketika membaca Al-Quran. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
إِنَّ سَيِّدَ الْمَجَالِسِ قُبَالَةَ الْقِبْلَةِ
Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin majlis adalah yang menghadap kiblat.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (2375)
Jadi, sebaiknya kita mengikut hadis Nabi SAW ini dan menghadap kiblat ketika membaca Al-Quran walaupun ia hanya perkara sunat kerana kiblat ini adalah semulia-mulia arah.
Baca Juga
Jom Hantar Anak Belajar Mengaji Online Bersama Nifa Quran
Apa yang akan dipelajari anak anda?
- Dapat aplikasi pengetahuan asas Hukum Tajwid seawal pembelajaran Kelas Mengaji Iqra.
- Merangsang kecerdasan minda dengan pembelajaran Hukum Tajwid secara infografik berdasarkan silibus yang dicipta khusus mengikut tahap kemampuan anak-anak.
- Mempunyai pengetahuan asas Hukum Tajwid menggunakan e-book Easy Tajwid NQC Academy dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami.
- Membina keyakinan berkomunikasi anak-anak dalam kelas mengaji melalui komunikasi dua hala bersama tutor.
- Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menyelesaikan Latihan Hukum Tajwid mingguan yang disediakan.
Apakah pendekatan NQC Academy dalam Kelas Mengaji Iqra?
- Kelas Mengaji Iqra mempunyai sukatan pembelajaran tertentu yang telah disusun mengikut buku Iqra 1 hingga buku Iqra 6.
- Kelas Mengaji Personal yang diprogramkan untuk anak anda bersesuaian dengan tahap kemampuan dalam lingkungan proses pembesaran mereka.
- Melalui sesi pembelajaran one-to-one bersama tutor mereka, anak anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bertanya dan jawab soalan dalam meningkatkan tahap kefahaman mereka.
- Anak anda tidak bosan mengaji dengan aplikasi Games & Exercise pada setiap muka surat Iqra dan dapat menarik minat mereka untuk mengaji dengan happy.
- NQCA menggunakan pendekatan bimbingan untuk memudahkan pemahaman berbanding dengan kaedah sekadar mengajar dan memberitahu.
- Sebagai ibu bapa, anda akan menerima laporan pencapaian bulanan anak anda bagi memantau prestasi kemajuan mereka.
Kelas Mengaji Iqra NQC Academy Sesuai Untuk:
- Ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia 6-17 tahun.
- Ibu bapa yang mahu anak-anak mereka menjadi insan yang intelek dan celik Al-Quran pada awal usia.
- Ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka faham dan mahir hukum tajwid dengan mudah dan cepat.
Mengenai Nifa Quran Care Academy:
Setiap anak-anak perlu merasakan mereka pandai mengaji dan yakin dengan tahap kemampuan mereka.
Sebagai pengajar yang berpengalaman dalam bidang Al-Quran serta penerima Ijazah Sanad Talaqi Al-Quran, saya sangat suka mengajar anak-anak mengenal huruf-huruf Al-Quran.
NQC Academy mempunyai seramai 2000 orang lebih pelajar serta 400 orang lebih tenaga pengajar yang berpengalaman dalam mengendalikan kelas anak-anak secara online.
Setiap tutor NQC Academy menjalani NQC Tutor Training setiap bulan bagi memastikan kualiti pembelajaran yang berkesan bersama anak-anak anda.
Masa mengaji adalah fleksibel mengikut masa yang bersesuaian dengan masa anak anda agar mereka dapat belajar dengan baik dan gembira.
Jadi, jika anda mencari syarikat untuk membantu anda atau anak untuk belajar mengaji, Nifa Quran Care Academy (N.Q.C.A) adalah pilihan yang tepat untuk anda!
Jika anda berminat atau ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi kami di sini.